Saturday, January 2, 2010

BERSATU KITA TEGUH !

Assalamualaikum,

Sepanjang tahun 2009 dahulu bermula 27 Februari 2009 adalah dicatatkan bilangan yang pergi mendahului kita kembali kerahmatullah sebanyak 15 orang meliputi ahli dan tanggungan ahli (lelaki & perempuan). Tanggal 29 Disember 2009 merupakan catatan terakhir kematian direkodkan iatu dua orang.

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh semua mereka yang telah menyahut panggilan Allah mendahului kita.

Sempena memasuki tahun baru kewangan Badan Kebajikan & Khairat Kematian Masjid Al-Muttaqin Tanah Putih Baru,bersamalah ingat-mengingat sesama kita selaku ahli untuk menjelaskan Yuran Tahunan sebanyak RM5.00 sahaja. Juga menjelaskan sumbangan RM3.00 pada setiap kali ada kematian sesorang ahli / tanggungan ahli.

Syukurlah kerana sebilangan ahli telah sudi menyerahkan sejumlah tertentu sumbangan selaku pendahuluan sekiranya ada berlaku kematian yang kemudian akan ditolak/diguna pada setiap kematian. Amaun akan ditambah bila wang pendahuluan tersebut telah digunakan. Eloklah bagi yang berkemampuan meneruskan cara ini.

Kepada ahli-ahli lain bolehlah diteruskan amalan seperti biasa apabila berlaku sesuatu kematian.

Badan Kebajikan & Khairat Kematian Masjid Al-Muttaqin Tanah Putih Baru juga amat mengalukan sesiapa sahaja yang sudi memberi sumbangan ikhlas kepada Tabung Kebajikan & Khairat Masjid.

Setiap bayaran & sumbangan dikeluarkan resit rasmi tanda penerimaan dan terima kasih.

Semoga Allah menetapkan kecekalan dan keimanan kita dalam membantu permudahkan perjalanan terakhir insan terpilih meninggalkan kaum keluarga tersayang,saudara sesama Islam dan bumi yang dipijak sejak kelahiran dahulu.

Mudah-mudahan Allah menerima baik amal jariah melalui Badan Kebajikan & Khairat Kematian Masjid Al-Muttaqin Tanah Putih Baru.

Wassalam,

Tarikh:03 Januari 2010 / 17 Muharam 1431 H.

No comments:

Post a Comment